Saturday 20 August 2016

Tahap Integrasi

 1)  SEGRESASI



  Proses yang menyebabkan individu atau kumoulan sosial dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain. Proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang saling memahami semakin terhad. Terbahagi kepada 2 cara iaitu rela dan tanpa rela. Rela merujuk kepada golongan manusia yang memencilkan diri. Tanpa rela pula berlaku kerana paksaan daripada pihak berkuasa seperti segresasi de jure.

2)  AKOMODASI

  Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Setiap kumpulan etnik masih dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan. Setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan hormani dan saling menghormati.

3)  AKULTURASI


  Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada satu kebudayaan etnik lain yang berbeza. Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identity masyarakat penerimaan. Proses akukturasi bermula dengan sosialisasi primer; manusia belajar dan mengadaptasikan budaya paling dekat dengan mereka. Manakala sosiolisasi sekunder pula ialah proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar.


4)  ASIMILASI

  Proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpilan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan mijoriti untuk mengurangkan batas etniknya. Asimilasi mutlak atau sempurna akan menyebabkan berlakunya penghapusan dari segi kebudayaan dan identiti. Terbahagi kepada 2 iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya ialah proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat. Asimilasi struktur pula ialah satu proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.

5)  AMALGAMASI

  Almalgamasi merupakan istilah yang diketegorikan dalam asimilasi biologi iaitu satu tahap asimilasi yang paling tinggi. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk satu jenis budaya dan ras baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi

No comments:

Post a Comment