Saturday 20 August 2016

Tahap Integrasi

 1)  SEGRESASI



  Proses yang menyebabkan individu atau kumoulan sosial dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain. Proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang saling memahami semakin terhad. Terbahagi kepada 2 cara iaitu rela dan tanpa rela. Rela merujuk kepada golongan manusia yang memencilkan diri. Tanpa rela pula berlaku kerana paksaan daripada pihak berkuasa seperti segresasi de jure.

2)  AKOMODASI

  Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Setiap kumpulan etnik masih dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan. Setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan hormani dan saling menghormati.

3)  AKULTURASI


  Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada satu kebudayaan etnik lain yang berbeza. Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identity masyarakat penerimaan. Proses akukturasi bermula dengan sosialisasi primer; manusia belajar dan mengadaptasikan budaya paling dekat dengan mereka. Manakala sosiolisasi sekunder pula ialah proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar.


4)  ASIMILASI

  Proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpilan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan mijoriti untuk mengurangkan batas etniknya. Asimilasi mutlak atau sempurna akan menyebabkan berlakunya penghapusan dari segi kebudayaan dan identiti. Terbahagi kepada 2 iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya ialah proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat. Asimilasi struktur pula ialah satu proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.

5)  AMALGAMASI

  Almalgamasi merupakan istilah yang diketegorikan dalam asimilasi biologi iaitu satu tahap asimilasi yang paling tinggi. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk satu jenis budaya dan ras baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi

Faktor yang Mempengaruhi Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

a) Perkongsian kuasa politik Malaysia




Penyatuan parti berbilang kaum dinamakan sebagai Parti Perikatan. Parti   Perikatan  menang dalam Pilihan Raya Majlis Persekutuan pada 1955. Parti   Perikatan membuktikan bahawa penggabungan etnik adalah satu cara untuk   mendapatkan sokongan.
b) Kerajaan demokrasi


Demokrasi berpalimen 1975 memudahkan rakyat membuat bantahan atau   ketidakpuasan etnik melalui wakil daripada etnik- etnik berbeza

c)  Pertumbuhan ekonomi yang baik





Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat mengurang jurang perbezaan ekonomi dan tuntutan ekonomi semua kaum. Kerajaan dapat mengendalikan program-program yang berkesan dalam bidang pertanian, perdagangan, dan sebagainya



d)Tolak ansur budaya



  
Budaya Melayu menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan manakala   budaya   lain boleh diamalkan oleh etnik tersebut. Tindakan menyertai majlis perayaan   dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang   kaum.  

Wednesday 17 August 2016

Pengenalan Tentang Perpaduan Dan Integrasi Nasional

Pengenalan

Perpaduan
   Selepas kemerdekaan, Negara kita menghadapi pelbagai masalah  dalaman terutama masalah perpaduan integrasi antara kaum.

  Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk 
  mengatasi masalah ini.

  Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek fizikal, sosial, ekonomi, dan politik tetapi tidak termasuk biologikal 

  Perpaduan juga boleh difinasikan sebagaiSatu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional