PENGAJIAN MALAYSIA
Pembentukan Masyarakat Majmuk: Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Saturday, 24 September 2016
Rujukan
Buku Pengajian Malaysia cetakan 1(2016)
http://natranadea.blogspot.my/2010/08/perpaduan-dan-integrasi-nasional.html
http://rusmiza-rusle.blogspot.my/2011/06/integrasi-dan-perpaduan-kaum.html
http://natranadea.blogspot.my/2010/08/perpaduan-dan-integrasi-nasional.html
http://rusmiza-rusle.blogspot.my/2011/06/integrasi-dan-perpaduan-kaum.html
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya,integrasi nasional menunjukkan persefahaman antara kaum yang timbul
sendiri dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum tanpa paksaan. Keharmonian yang
berpanjangan dapat dinikmati oleh masyarakat. Oleh itu, semua pihak yang bertanggungjawab amat
diperlukan dalam mencapai integrasi nasional. Pendidikan juga memberikan peranan yang amat
penting sebagai wadah untuk memupuk ,memelihara dan menjaga perpaduan serta keharmonian
rakyat yang berbilang bangsa. Justeru itu, tugas seorang guru sememangnya diperlukan oleh
masyarakat dalam menjayakan agenda pembangunan negara ke arah mencapai wawasan 2020.
Akhir sekali, proses perpaduan kaum di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua
pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat
dikekalkan.
Saturday, 20 August 2016
Tahap Integrasi
Proses yang menyebabkan individu atau kumoulan sosial dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain.
Proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang saling memahami semakin terhad. Terbahagi kepada 2 cara iaitu rela dan tanpa rela. Rela merujuk kepada golongan manusia yang memencilkan diri. Tanpa rela pula berlaku kerana paksaan daripada pihak berkuasa seperti segresasi de jure.
Proses
yang menyebabkan setiap
kumpulan etnik
sedar serta menghormati norma dan
nilai kumpulan etnik
lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Setiap
kumpulan etnik
masih dapat melibatkan diri secara
bebas dan sama
rata dalam bidang ekonomi, politik dan
pendidikan. Setiap
kumpulan etnik
masih bebas mengamalkan budaya mereka
dalam keadaan hormani dan saling
menghormati.
Proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam
kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Terjadi apabila satu
kelompok manusia dengan suatu
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan
unsur daripada satu
kebudayaan etnik
lain yang berbeza. Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identity masyarakat penerimaan. Proses akukturasi bermula dengan
sosialisasi primer; manusia belajar dan mengadaptasikan budaya
paling dekat dengan mereka.
Manakala sosiolisasi sekunder pula ialah proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar.
Proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpilan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan
identiti kumpulan mijoriti untuk
mengurangkan batas
etniknya. Asimilasi mutlak atau
sempurna akan
menyebabkan berlakunya penghapusan dari
segi kebudayaan dan
identiti. Terbahagi kepada 2 iaitu
asimilasi budaya
dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya
ialah proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri
kebudayaan masyarakat. Asimilasi struktur pula ialah satu
proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama
dan aktiviti sosial
dalam masyarakat dominan.
Almalgamasi merupakan istilah yang diketegorikan dalam
asimilasi biologi iaitu satu
tahap asimilasi yang paling tinggi. Amalgamasi adalah satu
proses yang terjadi apabila budaya atau
ras bercampur untuk
membentuk satu
jenis budaya dan
ras baru. Proses ini memakan masa
yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
Faktor yang Mempengaruhi Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Penyatuan parti berbilang kaum dinamakan sebagai Parti Perikatan. Parti Perikatan menang dalam Pilihan Raya Majlis Persekutuan pada 1955. Parti Perikatan membuktikan bahawa penggabungan etnik adalah satu cara untuk mendapatkan sokongan.
b) Kerajaan demokrasi
Demokrasi berpalimen 1975 memudahkan rakyat membuat bantahan atau ketidakpuasan etnik melalui wakil daripada etnik- etnik berbeza
c) Pertumbuhan ekonomi yang baik
Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat mengurang jurang perbezaan ekonomi dan tuntutan ekonomi semua kaum. Kerajaan dapat mengendalikan program-program yang berkesan dalam bidang pertanian, perdagangan, dan sebagainya
Budaya Melayu menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan manakala budaya lain boleh diamalkan oleh etnik tersebut. Tindakan menyertai majlis perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum.
Subscribe to:
Posts (Atom)